Ramadhan tiba..Ramadhan
tiba...
Marhaban Ya Ramadhan...
Marhaban Ya Ramadhan... Marhaban Ya Ramadhan... Marhaban Ya Ramadhan...
-Nyanyian Opick-
Kini Ramadhan sudah tiba dan seluruh umat Islam
akan menjalani rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa selama sebulan. Ramadhan
la saat yang ditunggu- tunggu kerana ibadah yang dilakukan dalam bulan ini akan
mendapat ganjaran pahala yang berganda serta banyak lagi kelebihan serta
fadhilat Ramadhan nuzul Quran dan malam lailatul Qadar. Yang pasti, kita semua
akan meraikan kemenengan Ramadhan semasa Aidilfitri nanti.
Umumnya, semua muslimin dan muslimat tahu yang
berpuasa adalah menahan diri daripada lapar dan dahaga serta hubungan suami
isteri dari terbit fajar hinggalah terbenamnya matahari. Sebenarnya, puasa ni
bukan itu sahaja, tetapi deria kita pun perlu berpuasa.. Deria berpuasa? Macam
mana tu?
Dalam artikel yang ditulis oleh Ustaz Iqbal
Zain, menjelaskan bahawa Imam Al-Ghazali menyebutkan bahawa puasa mempunyai 3
tingkat iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus dari yang khusus. Jadi,
puasa deria adalah termasuk dalam puasa khusus iaitu mencegah pendengaran,
penglihatan, lidah, kaki, tangan dan seluruh anggota tubuh lain daripada dosa.
Antara tips puasa deria adalah mendengar,
melihat, bercakap perkara yang baik- baik serta menggunakan kaki ke tempat yang
baik dan menggunakan tangan untuk perkara yang baik. Contoh perkara yang baik
adalah seperti mendengar ceramah dan hadir ke majlis- majlis ilmu dan aktiviti-
aktiviti yang bermanfaat.
Selain tips kesihatan, misalnya, cara
penjagaan telinga dan pendengaran seperti larangan daripada menggunakan ‘cotton bud’ untuk mengorek telinga dan
jauhkan diri daripada terdedah kepada bunyi bising yang agak lama, kita juga
perlu mengamalkan tips puasa deria bagi mensyukuri nikmat yang Allah telah
kurniakan.
Allah telah berfirman dalam surah Fussilat
ayat 20,
Maksudnya: “ Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan
penglihatan serta kulit- kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka,
mengenai apa yang mereka telah kerjakan”.
Ayat ini menjelaskan bahawa, deria dan anggota
badan kita akan menjadi saksi di akhirat atas segala yang telah kita lakukan
semasa hidup di dunia.
Justeru, marilah kita semua menjaga deria dan
anggota badan kita seiring dengan apa yang dituntut dan diajar dalam agama
Islam. Hargai semua yang dikurniakan oleh Allah sebaiknya.
Wallahu’alam.
Shahirah Ismail
Audiologist
Eartistic Kota Bharu, Kelantan
0 comments:
Post a Comment