Tuesday, 23 January 2018

KESEIMBANGAN BADAN


Untuk mengetahuan anda, terdapat banyak jenis gangguan keseimbangan badan (Balance Disorder). Salah satu gangguan yang paling kerap didiagnosis adalah Penyakit Benign Paroxysmal Positional Vertigo. Bagi tujuan artikel ini, saya akan membincangkan tentang penyakit Menieres (Menieres Disease) yang merangkumi semua simptom-simptom masalah telinga.




PENYAKIT MENIERE (MENIERE’S DISEASE)

Penyakit Meniere adalah gangguan di telinga dalam yang menyebabkan episod di mana anda merasakan pening yang berpusing (vertigo), mengalami masalah pendengaran, berdesing dalam telinga (tinnitus) dan rasa penuh atau tekanan di telinga anda.

4 SIMPTOM PENYAKIT MENIERE : 

Vertigo
Anda merasakan pening yang berpusing bermula dan berhenti secara spontan. Episod vertigo berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berlangsung hingga beberapa jam, tetapi tidak melebihi 24jam. Vertigo yang teruk boleh menyebabkan mual dan muntah. 

Masalah pendengaran
 
Kehilangan pendengaran dalam Penyakit Meniere boleh dikategorikan masalah pendengaran jenis sementara, terutamanya pada awal. Tetapi akhirnya, kebanyakan orang mengalami masalah pendengaran jenis kekal. 
 
Tinnitus 
 
Tinnitus adalah persepsi tentang bunyi berdesing, berdering, berdengung, atau bersiul di telinga anda. Ia adalah gejala sesuatu keadaan, seperti kehilangan pendengaran berkaitan dengan usia, kecederaan telinga atau gangguan sistem peredaran darah.  
 
Rasa penuh di telinga
Anda sering merasakan penuh atau tekanan di dalam telinga. 
 
KOMPLIKASI 
 
Episod vertigo yang tidak dapat diramalkan dan kehilangan pendengaran kekal boleh menjadi masalah yang paling sukar dalam Penyakit Meniere. Penyakit ini boleh mengganggu hidup anda dan menyebabkan keletihan, tekanan emosi, kemurungan dan kebimbangan. 
 
Vertigo boleh menyebabkan anda kehilangan keseimbangan, meningkatkan risiko jatuh dan kemalangan semasa memandu. 

TIPS-TIPS MENGURANGKAN SIMPTOM VERTIGO PADA PESAKIT MENIERES  
  1. Segera duduk jika gangguan keseimbangan muncul. dan pegang sesuatu supaya anda tahu anda selamat. 
  2. Menggerakkan kepala secara perlahan-lahan untuk mengelakkan tiba-tiba jatuh (hanya waktu serangan vertigo yang aktif). 
  3. Elakkan makanan yang mempunyai garam berlebihan dan MSG, minuman berkafein, dan merokok. 
  4. Kenali hal-hal utama yang menyebabkan gangguan keseimbangan anda supaya anda boleh hindari dari awal. 
  5. Gunakan bau-bauan "essential oil" seperti peppermint atau eucalyptus untuk menggantikan fokus rangsangan sensori keseimbangan ke sensori bau. 
  6. Dapatkan seseorang untuk memicit bahu anda untuk menukar fokus  dari sensori kesimbangan ke sensori rasa
 
Jika anda mengalami salah satu simptom-simptom seperti di atas, saya sarankan anda berjumpa dengan pakar audiologi atau doktor pakar ORL untuk mendapatkan ujian dan rawatan lanjut.  Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat temujanji boleh hubungi kami di talian tertera. Anda juga boleh buat penyediaan awal sebelum berjumpa dengan kami di Eartistic. Untuk maklumat lanjut, sila  ke http://eartisticmalaysia.blogspot.my/2018/01/preparing-for-your-audiologist.html

    
Ditulis oleh,
Nabilla Azmi
Ketua Jururawat Eartistic Hearing & Balance Centre dan Hearing Aid Dispenser


0 comments:

Post a Comment