Wednesday, 31 January 2018

PENDENGARAN ANAK ANAK ANDA

Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama di kalangan kanak-kanak. Masalah pendengaran di usia kecil boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak tersebut, seterusnya akan merencat perkembangan sosial, komunikasi dan psikologi individu berkenaan. Masalah pendengaran perlu dikesan sejak kecil (umur < 3 bulan) agar pemasangan alat bantu dengar yang bersesuaian serta program rawatan seterusnya dapat dilakukan.
Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan masalah pendengaran yang dihadapi oleh kanak-kanak.
Berikut merupakan RISIKO kepada masalah pendengaran yang perlu ibu bapa tahu dan peka
 
  1. Menghidap demam kuning yang teruk sehingga memerlukan penukaran darah selepas dilahirkan.
  2. Telinga sering berair atau bernanah
  3. Dilahirkan sangat kecil (berat badan kurang 1.5kg)
  4. Tidak menangis sebaik sahaja dilahirkan
  5. Ibu mendapat jangkitan seperti rubella, siphlis, herpes, cytomegalo  virus dll jangkitan kuman semasa mengandung
  6. Ibu terdedah kepada radiasi (X-ray ,MRI dll) semasa mengandung.
  7. Ibu mengambil ubat ototoksik semasa mengandung (anti-histamin, 
  8. anti-diuretik dan lain lain)
  9. Ibu mengambil dadah atau menghisap rokok semasa mengandung

Manakala berikut merupakan SIMPTOM kanak- kanak yang mempunyai masalah pendengaran :
  1. Tidak bertindak balas terhadap bunyi    
  2. Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri
  3. Tidak memahami / silap memahami arahan
  4. Kelihatan tidak memberikan tumpuan
  5. Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain dahulu sebelum melakukan sebarang tugas
  6. Membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak
    tangan daripada mendengar
  7. Lewat bertutur (speech delay)
  8. Lebih banyak menunjuk dengan jari dari bercakap
  9. Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan
    kawan-kawan (contoh : mengasingkan diri)


Disediakan oleh,
Fatihah Othman
(Pembantu Audiologis, Eartistic Hearing and Balance Centre)

0 comments:

Post a Comment